Assalamualaikum & Salam sejahtera. Selamat datang ke Laman warisanemas.com. Kami merupakan pemborong, pengedar dan penjual Emas dan Perak. Kami menyediakan perkhidmatan seperti membeli dan menjual jongkong emas, syiling emas, dinar emas, barang kemas, Khidmat Tebus Surat Pajak Gadai/ Ar-Rahnu serta melantik, memberi latihan dan khidmat nasihat. Kami juga sedang mencari pengedar atau rakan niaga di seluruh Malaysia. Bagi yang berminat, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut dan kami akan tunjukan anda bagaimana memaksimumkan keuntungan yang LUMAYAN!!!dengan emas. Anda boleh hubungi kami di talian 012-6888371/010-4296029 or email: warisanemas.gold@gmail.com
Showing posts with label HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN. Show all posts
Showing posts with label HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN. Show all posts

HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menambah: “Halal buat orang-orang perempuan”.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg85gDsNTsBhS03jhUoUBdaRFUoEixw7Z1dmx2diFarhAXCkWkp0YzGiZJNvVelrU7KImFUBSGOAZriIL6EosGQveZNeaceO7WuQrPARDNs8L1Y0DAMVDTTK1fjo1cNbTSCh2HG-1HOk7wK/s400/r1.jpg

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda:”Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.”(Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Hukum memakai cincin perak

Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi pernah memakainya. Anas ra, berkata :-

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لا يقرءون كتابا إلا أن يكون مختوما فاتخذ خاتما من فضة فكأني أنظر إلى بياضه في يده ونقش فيه محمد رسول الله
“Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].

Menurut Ibn Taimiyah ra. :-


أما خاتم الفضة فيباح باتفاق اللأئمة فإنه قد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه اتخذ خاتما من فضة ، وأن أصحابه اتخذوا خواتيم ، بخلاف خاتم الذهب فإنها حرام باتفاق الأئمة الأربعة ؛
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat”[Majmu' Fataawa 25/63-65].

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum. Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’ dan nombor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning.


http://emaskini.com/wp-content/uploads/2010/02/cincin-emas-putih.gif